Tuesday 2 April 2013


Teori Organisasi





Teori organisasi adalah teori yang mempelajari kriteria dalam sebuah organisasi. Salah satu kajian teori organisasi, di antaranya membahas tentang bagaimana sebuah organisasi menjalankan fungsi dan mengaktualisasikan visi dan misi organisasi tersebut. Selain itu, bagaimana sebuah organisasi mempengaruhi dan dipengaruhi oleh orang di dalam nya mahupun lingkungan kerja organisasi tersebut.

Menurut Lubis dan Husein (1987) bahawa teori organisasi itu adalah sekumpulan ilmu pengetahuan yang membahaskan mekanisme kerjasama dua orang atau lebih secara sistematik untuk mencapai tujuan yang telah di tentukan. Teori organisasi merupakan sebuah teori untuk mempelajari kerjasama di kalangan individu. Dalam pembahasan mengenai teori organisasi, terdapat masalah-masalah teori organisasi yang pernah ada dan berlaku beserta dengan sejarah dan perkembangannya hingga sekarang. Iaitu meliputi teori organisasi klasik, teori organisasi neoklasik dan teori organisasi moden.


Teori Organisasi Klasik


Teori klasik (classical theory) kadang-kadang disebut juga teori tradisional, yang berisi konsep-konsep tentang organisasi dari tahun 1800 (abad 19) yang mendefinisikan organisasi sebagai struktur hubungan, kekuasaan-kekuasaan, tujuan-tujuan, peranan-peranan, kegiatan-kegiatan, komunikasi dan faktor-faktor lain yang terjadi abila sekumpulan pekerja bekerjasama.

Dalam teori ini, organisasi secara umum di gambarkan oleh para teoritisi klasik sebagai sangat tersentralisasi dan tugas-tugasnya yang teratur, serta memberikan petunjuk mekanistik struktur yang tetap dan tidak mengandungi  kreativiti. Teori ini juga berkembang dalam tiga aliran yang dibangunkan atas dasar tanggapan-tanggapan yang sama dan mempunyai kesan yang sama, iaitu :

a.  Teori birokrasi :
     dikemukakan oleh Max Weber dalam bukunya “The Protestant Ethic and Spirit of Capitalism.

b.  Teori administrasi :
     dikembangkan atas dasar sumbangan Henry Fayol  dan Lyndall Urwick dari Eropa serta Mooney dan        
     Reiley dari Amerika.

c.  Pengurusan ilmiah :
     dikembangkan mulai tahun 1900 oleh Frederick Winslow Taylor.



Teori Organisasi Neoklasik

Teori neoklasik secara sederhana di kenali sebagai teori atau aliran hubungan manusia  (The human relation movement). Teori neoklasik di kembangkan atas dasar teori klasik. Tanggapan dasar teori ini adalah menekankan pentingnya aspek psikologi  dan sosial karyawan sebagai individu mahupun sebagai bahagian kelompok kerjanya, atas dasar  tanggapan ini maka teori neoklasik mendefinisikan “suatu organisasi” sebagai sekelompok pekerja  dengan tujuan bersama. Perkembangan teori neoklasik di mulai dengan inspirasi percubaan-percubaan yang dilakukan di Howthorne dan dari tulisan Huga Munsterberg.

Dalam hal pembahagian kerja, teori neklasik telah mengemukakan keperluan hal-hal  berikut:

a.  Penyertaan, iaitu melibatkan setiap orang dalam proses pengambilan keputusan.

b.  Perluasan kerja (job enlargement) sebagai  yang bertentangan  dari pola spesialisasi.

c.  Pengurusan atasan yang akan memberikan kesempatan kepada pekerja  junior untuk melibatkan
     diri dalam pengambilan keputusan pengurusan tertinggi.




Teori Organisasi Moden

Teori moden  yang di pelopori oleh Herbert Simon, yang  menyatakan  bahawa teori organisasi  perlu melebihi prinsip-prinsip yang sedikit dan terlalu di sederhanakan  bagi suatu kajian mengenai  keadaan yang di bawahnya dapat diterapkan  prinsip yang saling bersaing. Kemudian Katz dan  Robert Kahn dalam  bukunya “the social psychology of organization” mengenalkan perspektif  organisasi sebagai  suatu sistem terbuka.  Buku tersebut mendeskripsikan  keunggulan-keunggulan  perspektif sistem terbuka untuk menelaah hubungan yang penting dari sebuah organisasi dengan  lingkungannya,  dan  organisasi perlu menyesuaikan diri terhadap lingkungan yang berubah jika organisasi ingin tetap bertahan.

Teori moden yang kadang – kadang disebut juga sebagai analisa sistem pada organisasi merupakan aliran besar ketiga dalam teori organisasi dan pengurusan. Teori moden melihat bahawa semua unsur organisasi sebagai satu penyatuan yang saling bergantungan, yang di dalamnya mengemukakan bahawa organisasi bukanlah suatu sistem tertutup yang berkaitan dengan lingkungan yang stabil, akan tetapi organisasi merupakan sistem terbuka.




No comments:

Post a Comment