Monday 13 May 2013

Gaya Kepimpinan


Kepimpinan merupakan fungsi pengurusan yang menggunakan pengaruh untuk memotivasikan pekerja bagi mencapai matlamat organisasi. Ia juga membawa maksud mewujudkan satu budaya dan nilai bersama, matlamat komunikasi kepada pekerja dalam sesuatu organisasi dan juga menggalakkan pekerja untuk menunjukkan prestasi yang lebih tinggi. Pemimpin mempunyai kemampuan untuk menggunakan pelbagai bentuk kuasa dalam mempengaruhi tingkahlaku pekerja semasa menjalankan tugas.
Gaya kepimpinan merujuk kepada cara seseorang pemimpin untuk mempengaruhi pekerjanya. Pengurus biasanya menggunakan lebih daripada satu gaya kepimpinan dan bergantung kepada masalah yang ingin diselesaikan. Terdapat beberapa gaya kepimpinan seperti:-
Autokratik
  • Keputusan ditentukan oleh pemimpin sendiri
  • Tidak boleh dibantah
Demokratik
  • Mengikut kehendak majoriti
  • Perbincangan dan cadangan
Penyertaan
  • Pandangan dan cadangan bersama
  • Isu pengurusan adalah keputusan pengurus
Bebas (laissez-faire)
  • Sepenuh kebebasan kepada staf
  • Sesuai untuk staf yang berpersonaliti positif, berpengetahuan dan kemahiran yang diperlukan

Budaya Organisasi


Budaya organisasi terbentuk daripada orang yang berada di dalamnya, etika organisasi dan jenis struktur organisasi tersebut. Budaya organisasi dapat didefinisikan sebagai satu set nilai yang dikongsi bersama oleh ahi organisasi dan ia menentukan cara ahli organisasi berinteraksi sama ada sesama sendiri atau pun dengan faktor-faktor di dalam persekitaran luaran.
Budaya mempunyai kesan yang positif terhadap keberkesanan organisasi apabila ianya menyokong matlamat organsasi. Budaya amat penting dalam sesebuah organisasi kerana individu berkelakuan atas nilai yang dikongsi bersama dan lain-lain budaya organisasi.
Budaya organisasi adalah salah satu tanggapan di mana individu menerimanya berdasarkan apa yang mereka dengar dan lihat di sekitar organisasi. Elemen dalam budaya dapat dibahagikan kepada dua iaitu elemen secara tersembunyi dan elemen budaya yang nyata. Elemen budaya tersembunyi terdiri daripada tanggapan, nilai dan norma manakala elemen budaya nyata terdiri daripada amalan, cerita, bahasa, simbol dan sosialisasi.
Kesimpulannya budaya yang kukuh dan menghayati matlamat organisasi adalan dikatakan organisasi yang cemerlang dan berjaya. Dengan adanya budaya organisasi, ia dapat merangsang kepada penghapusan sikap-sikap yang negatif seperti melaksanakan tugas dengan tidak cekap, tidak berkualiti, matlamat yang kabur dan sebagainya.

Kuasa dan Organisasi



Kuasa merujuk kepada keupayaan bahawa A mempunyai kuasa   untuk mempengaruhi tingkah laku B, supaya B bertindak mengikut kehendak A. Kuasa mungkin wujud tetapi tidak digunakan. Oleh itu, kapasiti atau yang berpotensi. Mungkin aspek yang paling penting kuasa adalah bahawa ia adalah satu fungsi pergantungan. Pergantungan yang lebih besar B pada A, yang lebih besar adalah kuasa A dalam perhubungan

Kuasa hanya akan wujud dalam hubungan di antara dua atau 
lebih ramai orang, dan ia boleh dilaksanakan sama ada dalam 
arah menegak atau mendatar.
Sumber kuasa sering berasal dari hubungan pertukaran di mana 
satu kedudukan, jabatan, atau organisasi yang menyediakan 
sumber-sumber terhad atau bernilai kepada orang-orang 
jabatan lain atau organisasi. 


Pengurus yang berprestasi tinggi, misalnya, sering mendapat belanjawan yang lebih besar bagi jabatan masing-masing, jadual pengeluaran yang lebih baik, dan lebih kawalan ke atas agenda organisasi. 


Individu Vs Kuasa Organisasi

Kuasa yang sah ( Legitimate Power )
  • Kuasa yang sah juga dikenali sebagai kuasa kedudukan. Ia berasal  dari kedudukan seseorang memegang dalam hierarki organisasi. 
  • Tingkah laku politik yang sah merujuk kepada normal politik-mengadu 
    kepada penyelia, memintas rantaian perintah, membentuk pakatan, dan 
    lain-lain setiap hari.


Kuasa Rujukan ( Reference Power )

  • Kuasa rujukan berasal dari hubungan interpersonal bahawa seseorang merujuk dengan orang lain dalam organisasi.
  • Kuasa rujukannya timbul daripada karisma, sebagai orang yang berkarisma mempengaruhi orang lain melalui kekaguman, penghormatan dan kepercayaan yang lain kepadanya.
  • Kuasa rujukannya juga berasal dari hubungan peribadi bahawa seseorang telah rapat dengan orang-orang yang penting dalam hierarki organisasi, seperti Ketua Pegawai Eksekutif. 

Kuasa Pakar ( Expert Power )



  • Pendapat, idea dan keputusan seseorang dengan kuasa pakar yang dipandang tinggi oleh pekerja-pekerja yang lain dan dengan itu mempengaruhi tindakan mereka. Pemilikan kuasa pakar biasanya batu loncatan untuk sumber-sumber lain kuasa seperti kuasa yang sah.
  • Pengetahuan adalah kuasa. Kuasa pakar berasal dari mempunyai 
    pengetahuan atau kepakaran dalam bidang tertentu. Orang seperti ini 
    amat dihargai oleh organisasi bagi kemahiran menyelesaikan masalah 
    mereka.

Kuasa Paksaan ( Coercive Power )

  • Kuasa paksaan berasal dari kemampuan seseorang untuk mempengaruhiorang lain melalui ancaman, hukuman atau sekatan.
  • Kuasa paksaan membantu mengawal tingkah laku pekerja dengan memastikan bahawa mereka mematuhi dasar dan norma organisasi.



Kuasa Ganjaran ( Reward Power )


  • Kuasa ganjaran timbul daripada keupayaan seseorang untuk mempengaruhi peruntukan insentif dalam sesebuah organisasi.
  • Insentif ini termasuk kenaikan gaji, penilaian positif dan promosi. Dalam sesebuah organisasi, orang-orang yang menggunaan kuasa ganjaran cenderung untuk mempengaruhi tindakan pekerja lain.
  • Kuasa ganjaran, jika digunakan dengan baik, sangat mendorong pekerja. Tetapi jika ia digunakan melalui pilih kasih, kuasa ganjaran banyak melemahkan semangat pekerja dan mengurangkan pengeluaran mereka.




Sunday 12 May 2013

Politik dan Kuasa


KUASA

Bertrand Russel, "kuasa merupakan satu konsp fundamental alam Sains Politik seperti konsep 'Tenaga' yang menjadi asas dalam ilmu fizik".Kuasa ialah aspek perhubungan antara manusia dan dalam hubungan ini, ia melibatkan keupayaan seseorang untuk menyebabkan seseorang individu yang lain melakukan sesuatu yang jika kerananya, tidak akan dilakukan individu berkenaan. Dua istilah yang sama erti dengan kuasa iaitu 'pengaruh' dan 'autoriti'. Dari segi penggunaan sama ada kuasa, pengaruh dan autoriti boleh dibezakan.

'Kuasa' bukannya suatu benda yang tetap dalam ukuran-ukuran tertentu.Kadang mereka memiliki kuasa tidak berupaya melakukan sesuatu dengan kuasanya.Kadang-kadang yang tidak memiliki kuasa secara formal, tetapi mereka lebih berkuasa. Kuasa adalah sebahagian kecil sahaja daripada unsur-unsur politik, ini kerana dalam pemerintahan yang dicari oleh ahli politik ialah kuasa dan mempertahankan kuasa.

Dalam konteks negara, kuasa negara menyebabkan rakyat akur kepada kehendak undang-undang negara, tanpa kuasa undang-undang negara tidak dapat dikuatkuasakan. Dalam hubungan antarabangsa negara yang kuat, kaya dan berkuasa dapat menekan negara-negara yang miskin dan lemah.


AUTORITI

Autoriti ialah pihak yang mempunyai kedudukan atau jawatan yang sah dan justeru itu boleh dan berhak memberikan sesuatu arahan. David Robertson, autoriti adalah satu keadaan di mana satu pihak itu berada dalam kedudukan memberikan sesuatu arahan yang akan di patuhi oleh pihak yang di arahkan, kerana ia dilihat sebagai sesuatu yang sah. Arahan itu dipatuhi kerana kedudukannya yang sah (eligitimate), disebabkan oleh unsur-unsur paksaan, sogokan, pujukan dan sebagainya.

Max Weber membahagikan autoriti kepada tiga:

1. Autoriti Tradisional

  • Merujuk kepada autoriti yang lahir dan diwarisi secara turun temurun
  • Kepatuhan diberikan kepada pemegang autoriti atas andaian peraturan telah lama wujud dalam syarikat
  • Pemimpin yang diangkat dan di hormati dalam syarikat memiliki autorisi tradisi
2. Autoriti Karisma
  • Ia lahir akibat daripada ciri-ciri istimewa lagi unik yang wujud dalam personaliti seseorang pemimpin
  • Weber mengaitkan kepada keupayaan individu dalam mewujudkan dan mempertahankan kepercayaan tentang kewibawaan dalam dirinya sebagai suatu sumber kuasa yang sah.
  • Dalam konteks politik semasa, konsep karisma digunakan sewenang-wenangnya dan menyimpang dari maksud asal.
  • Karisma dinilai dari sudut penonjolan daya kepimpinan, berpidato dan mematahkan hujah lawan.
3. Autoriti Perundangan
  • Autoriti yang banyak ditemui dalam kehidupan moden.
  • Ia berpunca daripada kedudukan jawatan seseorang dan ia diterima umum sebagai suatu yang sah dan      rasional.
  • Kepatuhan kepada autoriti ini diberikan lantaran peraturan dan perundangan yang telah ditetapkan oleh syarikat, organisasi dan institusi
  • Contohnya ia bermula dengan pemimpin tertinggi kerajaan, ketua-ketua jabatan kerajaan, swasta dll
  • Ia diperkukuhkan lagi dengan sistem perundangan yang khusus dan skop autoriti ditentukan dengan agak nyata.

Bentuk-bentuk Kuasa

John Kenneth Gailbraith dalam bukunya 'The Anatomy of Power' menyebut, terdapat tiga bentuk kuasa dan terdapat tiga institusi ataupun sumber yang boleh membawa seseorang memiliki dan menggunakan kuasa-kuasa tersebut, iaitu:

i- Kuasa Hukuman ( Condign Power )
ii-Kuasa Ganjaran ( Compensatory Power )
iii- Kuasa Kondisi ( Condition Power )

Kuasa Hukuman

  • Merupakan kuasa untuk mengenakan suatu tindakan yang tidak menyenangkan ke atas idividu kerana sesuatu pilihannya, sehingga ia membatalkan pilihan-pilihan tersebut
  • Kuasa hukuman ini mengancam individu secara fizikal mahupun emosi
  • 'Condign Power' meliputi dendaan, rampasan harta, kata-kata kesat dan kutukan secara terang-terangan oleh individu dan syarikat.
  • Contoh sesebuah negara mengancam sekatan ekonomi, ancaman ketenteraan dll atau majikan ke atas pekerjanya dengan kerugiaan kewangan, pertukaran jawatan, tatatertib, surat tunjuk sebab dll  


Kuasa Ganjaran


  • Digunakan dengan menawarkan  suatu pulangan bernilai kepada individu supaya ia memberikan kepatuhan
  • Ia termasuk memberi puji-pujian, ganjaran material dan kewangan, pangkat dan kedudukan dll


Kuasa Kondisi


  • Digunakan untuk merubah dan membentuk semula kepercayaan orang lain supaya sejajar dengan apa yang dihajati
  • Proses sosialisasi menerusi bidang pendidikan membawa perubahan kepada sikap dan komitmen individu
  • Melaluinya syarikat lebih komited mematuhi kehendak sesuatu pihak
Ketiga-tiga kuasa diata boleh berpunca daripada sumber-sumber:

1. Personaliti
  • Aspek keterampilan peribadi, minda dan perilaku
  • Dalam konteks sekarang ia lebih kepada keupayaan kepimpinan sehingga lahir rasa hormat, segan dan gerun dengan keupayaannya.
2. Pemilikan Harta Benda
  • Ia memungkinkan seseorang memiliki kuasa ganjaran yang berkesan sebagai pertukaran ketaatan yang berkesan, contohnya istilah politik wang dll
  • Tokoh-tokoh perniagaan dirujuk dan diminta pandangan tetntang rahsia kejayaan dll
  • Ramai jutawan berjaya menjadi pemimpin negara kerana kekayaan 

3. Organisasi

  • J.K Gabrailth menyifatkan organisasi sebagai satu sumber kuasa yang terpenting dalam masyarakat moden
  • Organisasi merupakan alat bagi menjalankan kuasa
  • Kerajaan adalah sebuah organisasi yang berkuasa
  • Perniagaan adalah satu organisasi yang berpengaruh
  • Angkatan tentera, polis adalah alat kuasa yang berkesan 
  • Organisasi juga boleh memantapkan kuasa pemilikan harta benda
  • Justeru, ramai berminat dengan kuasa
  • Gabungan antara personaliti, harta benda, dan organisasi melahirkan satu bentuk kuasa yang mantap
  • Seterusnya taktik pengendalian kuasa memainkan peranan utama dalam menghadapi saingan, rintangan dan tentangan 

Saturday 11 May 2013

Persekitaran Organisasi Perniagaan

Berdasarkan sistem teori , sesebuah organisasi perniagaan itu tidak dapat berdiri sendiri. Organisasi perniagaan dikelilingi oleh elemen-elemen persekitaran yang berinteraksi dan mempengaruhi pembuatan keputusan dan tingkah lakunya. Sebelum para peniaga merancang strategi perniagaan, mereka perlu mengenali, menganalisa dan memahami keadaan persekitaran perniagaan terlebih dahulu. Namun, persekitaran perniagaan boleh dilihat dari dua perspektif iaitu persekitaran perniagaan dalaman dan persekitaran perniagaan luaran.


Persekitaran Tugas ( Pihak-pihak yang berkepentingan )

Persekitaran perniagaan dalaman sesebuah organisasi perniagaan terdiri daripada elemen-elemen perniagaan asas seperti pemilik perniagaan, pelabur, pekerja, pengguna dan pembekal. Elemen-elemen ini berinteraksi dan mempunyai hubungan langsung dalam pem,bentukan polisi, prosedur-prosedur dan sistem sesebuah organisasi perniagaan.


  • Pemilik Perniagaan
Pemilik perniagaan juga dikenali sebagai tuan punya atau peneraju perniagaan. Pemilik perniagaan terdiri daripada individu atau kumpulan-kumpulan individu yang telah menyumbangkan modal dan memiliki organisasi perniagaan. Pada amnya, pemilik perniagaan yang mengendali dan menjalankan operasi harian perniagaan. Penglibatan pemilik perniagaan secara langsung dalam operasi harian pasti akan mempengaruhi perjalanan perniagaan.

  • Pelabur
Pelabur juga merupakan pemodal organisasi perniagaan. Pelabur terdiri daripada individu, syarikat, institusi dan badan-badan yang ditubuhkan oleh kerajaan. Sesetengah pelabur menyumbangkan modal yang besar dalam organisasi perniagaan sama ada dalam bentuk mata wang ataupun teknologi yang tinggi kerana mereka mempunyai kepentingan dengan perniagaan yang berkenaan. Pelabur demikian akan bergiat dalam perjalanan perniagaan tersebut. Mereka inginkan pulangan yang baik.
Ada juga pelabur yang menyumbangkan modal dalam organisasi perniagaan melalui pembelian saham atau syer . Mereka akan membeli saham organisasi perniagaan apabila harganya rendah dan menjual apabila harganya meningkat. Pelabur demikian merupakan pemilik organisasi perniagaan yang pasif. Mereka, pada amnya, tidak terlibat secara aktif dalam menjalankan perniagaan.
Pelabur menyumbangkan modal dalam sesebuah organisasi perniagaan bertujuan untuk memperolehi keuntungan. Matlamat pulangan pelaburan yang telah ditetapkan oleh pelabur nescaya mempengaruhi keputusan, dasar serta aktiviti-aktiviti perniagaan. Oleh itu, organisasi perniagaan perlu mengambil tindak-tanduk yang dapat memenuhi kehendak pelabur jangka masa pendek dan juga pelabur jangka masa panjang.

  • Pekerja
Pekerja merupakan sumber manusia yang penting dalam sesebuah organisasi perniagaan. Pekerja terlibat secara langsung dalam operasi perniagaan. Oleh itu, pekerja dibayar gaji dan juga faedah-faedah lain seperti cuti sakit, cuti tahunan, bonus dan sebagainya, dilindungi oleh kesatuan sekerja dan juga kerajaan.
Interaksi pekerja dengan perniagaan perlu diberi perhatian yang rapi. Namun, pengambilan pekerja, hubungan perindustrian diantara pemilik perniagaan dan kesatuan sekerja serta kerajaan akan memberi kesan kepada penentuan bentuk sistem, dasar, perancangan strategi dan aspek-aspek lain yang berkaitan dengan perniagaan.

  • Pengguna
Pengguna merupakan individu, institusi, firma dan kerajaan yang perlu diberi keutamaan oleh organisasi perniagaan. Kejayaan sesebuah organisasi perniagaan amat bergantung kepada golongan pengguna. Permintaan golongan pengguna terhadap barangan atau perkhidmatan atau kedua-duanya yang disediakan oleh organisasi perniagaan menetapkan sejauh manakah pencapaian objektif atau matlamat organisasi perniagaan iaitu mendapat keuntungan.
Kehendak atau citarasa pengguna mempengaruhi keputusan organisasi perniagaan terhadap jenis atau barangniaga yang hendak ditawarkan di pasaran. Organisasi perniagaan harus sentiasa menilai sama ada keluarannya dapat memenuhi kehendak pengguna atau tidak. Sekiranya keluaran yang ditawarkan oleh organisasi perniagaan itu tidak diminati dan tidak disambut baik oleh pengguna, maka organisasi perniagaan akan menanggung risiko tidak terjual yang tinggi dan ini pasti merugikannya.
Selain itu, keluaran organisasi perniagaan perlu mempunyai inovasi, berkreativiti dan berkembang maju supaya keperluan dan citarasa pengguna selari dengan perkembangan teknologi dunia hari ini.

  • Pembekal
Pembekal membekalkan bahan yang diperlukan oleh organisasi perniagaan untuk dijadikan barangniaga yang boleh dijual dan memenuhi citarasa pengguna. Pembekal sendiri juga peniaga yang mendapat keuntungan daripada jualan bahannya kepada organisasi perniagaan lain seperti kedai runcit dan pasaraya.
Pembekal sentiasa berinteraksi dengan organisasi perniagaan. Pada hakikatnya, kedua-duanya saling memerlukan diantara satu sama lain dalam dunia perniagaan. Interaksi diantara pembekal dan organisasi perniagaan banyak memberi kesan kepada penetapan corak perjalanan atau operasi dan kemajuan sesebuah organisasi perniagaan. Hubungan baik dengan pembekal adalah perlu untuk menjamin perjalanan atau operasi sesebuah organisasi perniagaan tidak terganggu dan terus berkembang.

  • Sistem dan Prosedur
Selain faktor-faktor persekitaran perniagaan dalaman, semua prosedur dan sistem organisasi yang diamalkan akan turut mempengaruhi keputusan perniagaan yang dibuat oleh pihak pengurusan. Keputusan perniagaan yang dibuat berdasarkan prosedur dan sistem organisasi yang diamalkan akan mengarah organisasi perniagaan itu ke arah pencapaian matlamatnya.


Persekitaran Umum


Persekitaran perniagaan luaran terdiri daripada elemen-elemen yang berinteraksi dan mempengaruhi organisasi perniagaan secara tidak langsung. Di antaranya elemen-elemen persekitaran perniagaan luaran ialah persaingan, persekitaran ekonomi, persekitaran teknologi, persekitaran sosiobudaya, persekitaran politik dan undang-undang, institusi kewangan dan persekitaran global atau antarabangsa.


  • Persaingan
Dalam sistem ekonomi kapitalis, organisasi perniagaan sering menghadapi persekitaran persaingan yang dinamik. Pesaing iaitu organisasi perniagaan lain yang mengeluarkan barangniaga atau perkhidmatan yang sama, boleh menentukan daya tahan dan kreativiti, kemajuan dan kejayaan atau kegagalan sesebuah organisasi perniagaan di dunia perniagaan. Pesaing cuba membaiki produk mereka supaya dapat berdaya saing dengan produk pengeluar lain malah menguasai pasaran. Contohnya, di bidang automobil Proton telah berjaya mengeluarkan kereta yang dapat berdaya saing dengan pengeluar-pengeluar kereta yang lain di Malaysia. Dengan perkataan lain, persaingan boleh memberi kesan secara tidak langsung kepada perjalanan sesebuah organisasi perniagaan.


  • Ekonomi
Dalam perancangan organisasi perniagaan baik jangka masa pendek mahupun jangka masa panjang, peniaga-peniaga harus prihatin dan peka kepada perubahan ekonomi. Keadaan ekonomi baik ekonomi tempatan mahupun ekonomi antarabangsa atau global, banyak berinteraksi dengan organisasi perniagaan. Ia akan mempengaruhi operasi, prestasi dan dasar sesebuah organisasi perniagaan. Misalnya, apabila kadar faedah pinjaman asas (Base Lending Rate [BLR]) bank meningkat, tanggungan pembiayaan pinjaman organisasi perniagaan turut bertambah. Begitu juga dengan peningkatan kadar inflasi. Kos pengeluaran akan meningkat apabila kadar inflasi meningkat. Peningkatan kadar inflasi akan mengakibatkan harga bahan mentah yang diperlukan daripada pembekal turut naik. Untuk mempertahankan keuntungan dan meneruskan kewujudan organisasi perniagaan dengan peningkatan kos yang mendadak dalam pasaran, maka peniaga terpaksa bertindak sama ada menurunkan kos pengeluaran dan mencari barangan pengganti bagi bahan-bahan mentah yang digunakan selama ini ataupun menaikkan harga jualan barangniaga di pasaran. Persekitaran ekonomi yang sering berubah akan memberi kesan secara langsung serta merumitkan lagi pihak peniaga untuk menetapkan pengurusan organisasi perniagaannya.

  • Teknologi
Perkembangan teknologi terutamanya teknologi maklumat yang pesat akan memberi kesan secara langsung kepada organisasi perniagaan. Perkembangan teknologi banyak membantu perkembangan organisasi perniagaan. Misalnya, operasi organisasi perniagaan seperti proses pengeluaran dengan penggunaan mesin berteknologi tinggi dan canggih dapat mengurangkan kesilapan manusia dan menurunkan kos pengeluaran. Kerja-kerja pengurusan pejabat seperti merekod, menyediakan Penyata Kewangan dan sebagainya dikendali dan dipermudahkan dengan penggunaan sistem komputer. Aktiviti perniagaan iaitu pembelian dan penjualan barangan dan perkhidmatan melalui perdagangan elektronik  atau “e-commerce” dapat mengurangkan belanja dan masa.
Walaupun perkembangan teknologi membawa kesan yang positif kepada organisasi perniagaan, tidak dapat dinafikan bahawa ia juga mendatangkan kesan-kesan negatif atau sampingan seperti peningkatan kesesakan lalu lintas serta pencemaran udara dan air akibat pembuangan sisa-sisa toksik, tenaga buruh digantikan oleh mesin, interaksi dengan mesin berbanding dengan manusia dan sebagainya. Oleh itu, amalan pendekatan yang seimbang perlu diutamakan. Faedah dan kebaikan daripada penggunaan teknologi moden dan canggih dipetik. Pada masa yang sama, kesan-kesan sampingan akibat penggunaan teknologi moden dan canggih itu perlu diminimumkan.

  • Institusi Kewangan
Organisasi perniagaan tidak dapat mengelakkan diri daripada berinteraksi dengan institusi kewangan. Institusi kewangan merupakan salah satu elemen persekitaran luaran perniagaan yang juga mempengaruhi organisasi perniagaan. Organisasi perniagaan yang ingin meluaskan atau mengembangkan lagi aktiviti perniagaannya tetapi tidak mempunyai modal yang cukup boleh mendapatkan kemudahan pinjaman seperti pinjaman jangka masa pendek, kemudahan “overdraft” dan sebagainya daripada institusi kewangan. Modal dapat memberi kesan yang ketara kepada jenis, saiz dan aktiviti-aktiviti perniagaan yang akan diusahakan.
Apabila dasar institusi kewangan itu berubah seperti mengurangkan jumlah pemberian kredit, menghadkan pemberian kredit kepada jenis-jenis perniagaan tertentu, meningkatkan kadar faedah pinjaman asas (BLR) dan sebagainya, organisasi perniagaan yang membuat pinjaman terpaksa menanggung peningkatan liabiliti yang signifikan. Misalnya, kenaikan kadar faedah pinjaman asas secara mendadak semasa kegawatan ekonomi pada tahun 1997 menyebabkan banyak organisasi perniagaan mengalami kemerosotan. Kerajaan Malaysia terpaksa mengarahkan semua institusi kewangan di Malaysia menurunkan kadar faedah pinjaman untuk menyelamatkan ekonomi negara Malaysia. Langkah penurunan kadar faedah pinjaman asas daripada institusi kewangan dapat memberi nafas baru kepada organisasi perniagaan yang menghadapi masalah kewangan serta pemulihan semula ekonomi Malaysia.

  • Sosio dan Budaya
Dalam dunia perniagaan, penilaian terhadap persekitaran sosial dan budaya tidak dapat diringankan kerana masyarakat yang menggunakan barangniaga dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh organisasi perniagaan mempunyai tahap sensitiviti tersendiri. Setiap masyarakat seperti masyarakat majmuk di Malaysia mempunyai nilai-nilai etika yang tersendiri mengikut bangsa dan agama.

Organisasi perniagaan perlu menghormati perbezaan nilai-nilai etika di kalangan masyarakat. Misalnya, makanan yang dikeluarkan khas untuk masyarakat beragama Islam di Malaysia diwajibkan mempamerkan logo “halal” daripada Jabatan kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Kesedaran tentang perbezaan, keinginan untuk mempelajari, mengetahui dan memahami perbezaan dan persamaan nilai-nilai etika yang diamalkan oleh sesebuah masyarakat dapat membantu organisasi perniagaan untuk maju dan mengembangkan perniagaannya sepanjang masa.

  • Persekitaran Politik dan Undang-Undang 
Organisasi perniagaan juga harus prihatin dan peka kepada persekitaran politik dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh kerajaan di tempat ia beroperasi. Perniagaan tidak dapat dipisahkan daripada kuasa politik. Ia mungkin menyulitkan aktiviti-aktiviti organisasi perniagaan atau memberi peluang kepada organisasi perniagaan. Misalnya, untuk melindungi dan mengembangkan industri kereta yang baru, kerajaan Malaysia sebagai pemegang kuasa politik mengenakan kadar cukai import yang tinggi terhadap kemasukan barangan seperti komponen dan alat ganti kereta dari negara luar. Tindakan kerajaan Malaysia ini akan memberi tekanan kepada pengimport barangan yang berkaitan. Pada masa yang sama, ia juga memberi kebaikan dan sokongan kepada peniaga tempatan.
Selain itu, undang-undang dan peraturan yang digubahkan bertujuan menjamin etika perniagaan. Misalnya, undang-undang jualan langsung (Direct Sale) bertujuan untuk memberi perlindungan kepada para pembeli dan pengguna terakhir. Persekitaran politik yang stabil dan undang-undang yang sempurna membolehkan oragnisasi perniagaan terus beroperasi dan berkembang.

  • Persekitaran Antarabangsa
Pada era globalisasi, operasi perniagaan tidak lagi terhad kepada persekitaran luaran setempat. Para peniaga tempatan harus bersedia dan menyusun strategi dan merancang perniagaannya supaya benar-benar berdaya saing dengan peniaga-peniaga antarabangsa. Keadaan politik, ekonomi dan perkembangan teknologi semasa di negara-negara asing banyak berinteraksi dan memberi kesan yang signifikan kepada perjalanan perniagaan di negara tempatan. Misalnya, kegawatan ekonomi yang berlaku di Malaysia pada tahun 1997 telah menjejaskan sedikit sebanyak negara-negara barat yang mengeksport industri pendidikan mereka. Kerajaan Malaysia telah mengambil keputusan untuk membekukan penghantaran pelajar-pelajar untuk melanjutkan pelajaran mereka ke luar negara. Tindakan kerajaan Malaysia sedemikian secara tidak langsung memaksa banyak institusi pengajian tinggi luar negara untuk menawarkan biasiswa atau mengurangkan yuran pengajian kepada pelajar-pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran mereka ke luar negara.





Thursday 9 May 2013

Komunikasi Dalam Organisasi






Dalam kehidupan organisasi terdiri dari berbagai unsur, yang mempunyai maksud dan tujuan agar organisasi yang dimilikinya tetap dipertahankan dan diarahkan demi untuk perkembangan yang lebih dinamik.

Pada dasarnya komunikasi di dalam organisasi, terbagi kepada tiga bentuk:

1. Komunikasi vertikal

Bentuk komunikasi ini merupakan bentuk komunikasi yang terjadi dari atas ke bawah dan sebaliknya. Artinya komunikasi yang disampaikan pimpinan kepada bawahan, dan dari bawahan kepada pimpinan secara timbal balik.

Fungsi komunikasi ke bawah digunakan pimpinan untuk:

a. Melaksanakan kebijaksanaan, prosedur kerja, peraturan,  
   instruksi, mengenai pelaksanaan kerja bawahan.
b. Menyampaikan pengarahan doktrinasi, evaluasi, teguran.
c. Memberikan informasi mengenai tujuan organisasi, 
   kebijaksanaan-kebijaksaan organisasi, insentif.

Seorang pimpinan harus lebih memperhatikan komunikasi dengan bawahannya, dan memahami cara-cara mengambil kebijaksanaan, terhadap bawahannya.

Keberhasilan organisasi dilandasi oleh perencanaan yang tepat, dan seorang pimpinan organisasi yang memiliki jiwa kepemimpinan. Kedua hal tersebut merupakan modal utama untuk kemajuan organisasi yang dipimpinnya.

Fungsi komunikasi ke atas digunakan untuk:

a. Memberikan pengertian mengenai laporan prestasi kerja,  
   saranan, usulan, pandangan, permohonan bantuan, dan keluhan.
b. Memperoleh informasi dari bawahan mengenai kegiatan dan 
   pelaksanaan pekerjaan bawahan dari tingkat yang lebih rendah.

Bawahan tentulah berharap agar idea, saranan, pendapat, tanggapan mahupun kritikannya dapat diterima dengan lapang dada, dan hati terbuka oleh pimpinan.

2. Komunikasi horizontal

Bentuk komunikasi secara mendatar, diantara sesama karyawan dsbnya. Komunikasi horizontal sering kali berlangsung tidak formal.

Fungsi komunikasi horizontal digunakan oleh dua pihak yang mempunyai level yang sama. Komunikasi ini berlangsung dengan cara tatap muka, melalui media elektronik seperti telefon, atau melalui pesan tertulis.

3. Komunikasi diagonal

Bentuk komunikasi ini juga disebut komunikasi silang. Berlangsung dari seseorang kepada orang lain dalam posisi yang berbeza. Dalam erti yang lain pihak yang satu tidak berada pada struktur yang lain.

Fungsi komunikasi diagonal digunakan oleh dua pihak yang mempunyai level berbeza tetapi tidak mempunyai wewenang langsung kepada pihak lain.

Rekabentuk & Struktur Organisasi



Pengenalan

Secara umumnya, organisasi yang ditubuhkan tanpa hieraki atau struktur akan memberikan kesulitan dari segi perhubungan dan menjejaskan operasi organisasi secara keseluruhannya. Oleh itu, menjadi tanggungjawab  seorang pengurus untuk merekabentuk organisasi dan strukturnya sebelum menjalankan operasi organisasi.



Definisi Rekabentuk Organisasi

Proses di mana pengurus memilih dan mengurus aspek struktur dan budaya organisasi supaya organisasi boleh mengawal aktivitinya untuk mencapai maklumat yang telah ditetapkan.



Definisi Struktur Organisasi

Satu sistem peraturan dan hubungan kuasa yang mengawal bagaimana manusia di dalam organisasi bekerjasama dan berinteraksi.


Cabaran-cabaran dalam merebentuk organisasi


1) Mengimbangi Pembezaan dan Integrasi 

Pembezaan adalah proses mewujudkan dan mengawal
pembahagian sumber manusia atau darjah pengkhususan di dalam     
organisasi manakala integrasi pula adalah satu proses   
mengkoordinasi pelbagai tugas fungsian dan jabatan supaya  
mereka boleh bekerjasama dan tidak mempunyai tujuan atau  
maklumat yang berbeza.



Huraian Mekanisme Organisasi


Mekanisme Integrasi
Huraian
Hieraki Kuasa
Ditentukan mengikut rantaian kuasa dan pelaporan. Hanya membezakan jumlah kuasa yang dimiliki oleh individu. Menunjukkan siapa yang melapor kepada siapa dan ia mengkoordinasi pelbagai peranan organisasi (organizational roles).
Hubungan Langsung  Pengurus perlu bersemuka bagi mengkoordinasi aktiviti atau menyelesaikan masalah yang timbul di antara fungsian atau bahagian. Kuasa yang dimiliki oleh pihak pengurus bahagia atau fungsian adalah sama.
Peranan perhubungan (Liason Roles)Pengurus tertentu diberi tanggungjawab untuk berhubung antara subunitnya dengan subunit lain di dalam organisasi. Ia dilakukan apabila keperluan berkomunikasi antara subunit meningkat dan perlu membina hubungan yang mendalam (in-depth relation).
Pasukan Khas (Task Forces)Satu bentuk jawatakuasa sementara sahaja untuk menyelaraskan aktiviti atau menyelesaiakan masalah yang timbul dalam organisasi. Menghantar wakil untuk menjadi jawatankuasa dalam pasukan khas ini. Contohnya: jabatan pemasaran.
PasukanDitubuhkan apabila isu atau masalah wujud didalam organisasi menjadi sesuatu rutin atau berterusan. Dikenali sebagai jawantankuasa tetap.
Integrasi peranan Tujuannya untuk menyelaras aktiviti dua atau lebih fungsian/bahagian, berkongsi maklumat dan pengetahuan dalam pencapaian matlamat. Biasanya pengurus kanan yang ditugaskan dan melapor kepada pengurus atasan.
 Integrasi Bahagian
Dibentuk untuk menyelaras aktiviti pelbagai fungsian atau jabatan.


2) Mengimbangi Pemusatan dan pemencaran   
Pemusatan adalah dimana keputusan banyak dibuat oleh pihak           pengurusan atasan kerana mereka mempunyai kuantiti yang banyak manakala subordinat hanya menerima arahan dan tanggungjwab melaksanakan tugas. Bagi pemencaran pula keputusan dibuat oleh pengurus pertengahan bagi keputusan operasi dan keputusan strategik oleh pengurus atasan.
3) Mengimbangi Piawian dan Penyesuaian Bersama
Penyesuaian adalah satu pengesahan dan penerimaan ahli organisasi terhadap sesuatu model atau contoh   yang dirasakan sesuai digunakan manakala penyesuaian bersama adalah satu reka bentuk organisasi yang banyak mengamalkan kompromi dikalangan ahlinya.
4) Mengkoordiansi Organisasi Secara Formal atau Tidak Formal 
Organisasi formal boleh digunakan sebagai mekanisme kawalan manakala organisasi tidak formal boleh digunakan sebagai alat memotivasikan individu di dalam organisasi.
5) Memilih Struktur Mekanistik dan Organik
struktur mekanistik direka untuk mendorong manusia bergelagat dalam cara yag boleh dijangka manakala struktur organic adalah satu bentuk struktur ang fleksibiliti supaya individu di dalam organisasi berusaha untuk berubah dan menyesuaikan diri mereka terhadap perubahan.

 Jenis-jenis struktur Organisasi
  •  Struktur fungsi
  • Struktur produk
  • Struktur geografi
  • Struktur matriks
  • Struktur mendatar
  • Struktur Hibrid
 Kepentingan Organisasi
  • Memberi kelebihan persaingan kepada organisasi.
  • Meningkatkan kebolehan organisasi mengurus kepelbagaian.
  • Meningkatkan kebolehan organisasi mencipta dan menghasilkan keluaran baru.
  • Memberi organisasi pelauang mengawal persekitarannya.
  • Dapat menyelaras dan memotivasikan pekerja dengan lebih baik.
  • Membantu organisasi membangunkan dan melaksanakan strateginya.