Sunday 12 May 2013

Politik dan Kuasa


KUASA

Bertrand Russel, "kuasa merupakan satu konsp fundamental alam Sains Politik seperti konsep 'Tenaga' yang menjadi asas dalam ilmu fizik".Kuasa ialah aspek perhubungan antara manusia dan dalam hubungan ini, ia melibatkan keupayaan seseorang untuk menyebabkan seseorang individu yang lain melakukan sesuatu yang jika kerananya, tidak akan dilakukan individu berkenaan. Dua istilah yang sama erti dengan kuasa iaitu 'pengaruh' dan 'autoriti'. Dari segi penggunaan sama ada kuasa, pengaruh dan autoriti boleh dibezakan.

'Kuasa' bukannya suatu benda yang tetap dalam ukuran-ukuran tertentu.Kadang mereka memiliki kuasa tidak berupaya melakukan sesuatu dengan kuasanya.Kadang-kadang yang tidak memiliki kuasa secara formal, tetapi mereka lebih berkuasa. Kuasa adalah sebahagian kecil sahaja daripada unsur-unsur politik, ini kerana dalam pemerintahan yang dicari oleh ahli politik ialah kuasa dan mempertahankan kuasa.

Dalam konteks negara, kuasa negara menyebabkan rakyat akur kepada kehendak undang-undang negara, tanpa kuasa undang-undang negara tidak dapat dikuatkuasakan. Dalam hubungan antarabangsa negara yang kuat, kaya dan berkuasa dapat menekan negara-negara yang miskin dan lemah.


AUTORITI

Autoriti ialah pihak yang mempunyai kedudukan atau jawatan yang sah dan justeru itu boleh dan berhak memberikan sesuatu arahan. David Robertson, autoriti adalah satu keadaan di mana satu pihak itu berada dalam kedudukan memberikan sesuatu arahan yang akan di patuhi oleh pihak yang di arahkan, kerana ia dilihat sebagai sesuatu yang sah. Arahan itu dipatuhi kerana kedudukannya yang sah (eligitimate), disebabkan oleh unsur-unsur paksaan, sogokan, pujukan dan sebagainya.

Max Weber membahagikan autoriti kepada tiga:

1. Autoriti Tradisional

  • Merujuk kepada autoriti yang lahir dan diwarisi secara turun temurun
  • Kepatuhan diberikan kepada pemegang autoriti atas andaian peraturan telah lama wujud dalam syarikat
  • Pemimpin yang diangkat dan di hormati dalam syarikat memiliki autorisi tradisi
2. Autoriti Karisma
  • Ia lahir akibat daripada ciri-ciri istimewa lagi unik yang wujud dalam personaliti seseorang pemimpin
  • Weber mengaitkan kepada keupayaan individu dalam mewujudkan dan mempertahankan kepercayaan tentang kewibawaan dalam dirinya sebagai suatu sumber kuasa yang sah.
  • Dalam konteks politik semasa, konsep karisma digunakan sewenang-wenangnya dan menyimpang dari maksud asal.
  • Karisma dinilai dari sudut penonjolan daya kepimpinan, berpidato dan mematahkan hujah lawan.
3. Autoriti Perundangan
  • Autoriti yang banyak ditemui dalam kehidupan moden.
  • Ia berpunca daripada kedudukan jawatan seseorang dan ia diterima umum sebagai suatu yang sah dan      rasional.
  • Kepatuhan kepada autoriti ini diberikan lantaran peraturan dan perundangan yang telah ditetapkan oleh syarikat, organisasi dan institusi
  • Contohnya ia bermula dengan pemimpin tertinggi kerajaan, ketua-ketua jabatan kerajaan, swasta dll
  • Ia diperkukuhkan lagi dengan sistem perundangan yang khusus dan skop autoriti ditentukan dengan agak nyata.

Bentuk-bentuk Kuasa

John Kenneth Gailbraith dalam bukunya 'The Anatomy of Power' menyebut, terdapat tiga bentuk kuasa dan terdapat tiga institusi ataupun sumber yang boleh membawa seseorang memiliki dan menggunakan kuasa-kuasa tersebut, iaitu:

i- Kuasa Hukuman ( Condign Power )
ii-Kuasa Ganjaran ( Compensatory Power )
iii- Kuasa Kondisi ( Condition Power )

Kuasa Hukuman

  • Merupakan kuasa untuk mengenakan suatu tindakan yang tidak menyenangkan ke atas idividu kerana sesuatu pilihannya, sehingga ia membatalkan pilihan-pilihan tersebut
  • Kuasa hukuman ini mengancam individu secara fizikal mahupun emosi
  • 'Condign Power' meliputi dendaan, rampasan harta, kata-kata kesat dan kutukan secara terang-terangan oleh individu dan syarikat.
  • Contoh sesebuah negara mengancam sekatan ekonomi, ancaman ketenteraan dll atau majikan ke atas pekerjanya dengan kerugiaan kewangan, pertukaran jawatan, tatatertib, surat tunjuk sebab dll  


Kuasa Ganjaran


  • Digunakan dengan menawarkan  suatu pulangan bernilai kepada individu supaya ia memberikan kepatuhan
  • Ia termasuk memberi puji-pujian, ganjaran material dan kewangan, pangkat dan kedudukan dll


Kuasa Kondisi


  • Digunakan untuk merubah dan membentuk semula kepercayaan orang lain supaya sejajar dengan apa yang dihajati
  • Proses sosialisasi menerusi bidang pendidikan membawa perubahan kepada sikap dan komitmen individu
  • Melaluinya syarikat lebih komited mematuhi kehendak sesuatu pihak
Ketiga-tiga kuasa diata boleh berpunca daripada sumber-sumber:

1. Personaliti
  • Aspek keterampilan peribadi, minda dan perilaku
  • Dalam konteks sekarang ia lebih kepada keupayaan kepimpinan sehingga lahir rasa hormat, segan dan gerun dengan keupayaannya.
2. Pemilikan Harta Benda
  • Ia memungkinkan seseorang memiliki kuasa ganjaran yang berkesan sebagai pertukaran ketaatan yang berkesan, contohnya istilah politik wang dll
  • Tokoh-tokoh perniagaan dirujuk dan diminta pandangan tetntang rahsia kejayaan dll
  • Ramai jutawan berjaya menjadi pemimpin negara kerana kekayaan 

3. Organisasi

  • J.K Gabrailth menyifatkan organisasi sebagai satu sumber kuasa yang terpenting dalam masyarakat moden
  • Organisasi merupakan alat bagi menjalankan kuasa
  • Kerajaan adalah sebuah organisasi yang berkuasa
  • Perniagaan adalah satu organisasi yang berpengaruh
  • Angkatan tentera, polis adalah alat kuasa yang berkesan 
  • Organisasi juga boleh memantapkan kuasa pemilikan harta benda
  • Justeru, ramai berminat dengan kuasa
  • Gabungan antara personaliti, harta benda, dan organisasi melahirkan satu bentuk kuasa yang mantap
  • Seterusnya taktik pengendalian kuasa memainkan peranan utama dalam menghadapi saingan, rintangan dan tentangan 

No comments:

Post a Comment