Budaya organisasi terbentuk daripada orang yang berada di dalamnya, etika organisasi dan jenis struktur organisasi tersebut. Budaya organisasi dapat didefinisikan sebagai satu set nilai yang dikongsi bersama oleh ahi organisasi dan ia menentukan cara ahli organisasi berinteraksi sama ada sesama sendiri atau pun dengan faktor-faktor di dalam persekitaran luaran.
Budaya mempunyai kesan yang positif terhadap keberkesanan organisasi apabila ianya menyokong matlamat organsasi. Budaya amat penting dalam sesebuah organisasi kerana individu berkelakuan atas nilai yang dikongsi bersama dan lain-lain budaya organisasi.
Budaya organisasi adalah salah satu tanggapan di mana individu menerimanya berdasarkan apa yang mereka dengar dan lihat di sekitar organisasi. Elemen dalam budaya dapat dibahagikan kepada dua iaitu elemen secara tersembunyi dan elemen budaya yang nyata. Elemen budaya tersembunyi terdiri daripada tanggapan, nilai dan norma manakala elemen budaya nyata terdiri daripada amalan, cerita, bahasa, simbol dan sosialisasi.
Kesimpulannya budaya yang kukuh dan menghayati matlamat organisasi adalan dikatakan organisasi yang cemerlang dan berjaya. Dengan adanya budaya organisasi, ia dapat merangsang kepada penghapusan sikap-sikap yang negatif seperti melaksanakan tugas dengan tidak cekap, tidak berkualiti, matlamat yang kabur dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment